LATIHAN PENGUKUHAN

 

SOALAN LATIHAN :


❰❰ BAGAIMANA SUKAN BOLEH MEMUPUK PERPADUAN? 

Sukan dikenali sebagai agen perpaduan kerana dapat menyatukan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, hubungan silaturahim dapat dieratkan dengan melalukan aktiviti bersukan sekaligus dapat mendidik disiplin dan integriti dalam kalangan masyarakat. Selain itu, dengan mengadakan program yang besar seperti Temasya Sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap 2 tahun sekali dapat memupuk perpaduan dalam kalangan permain atau penonton. Disamping itu, bersukan juga menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum yang mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan Negara. Akhir sekali, jika semangat perpaduan ini diteruskan dan rakyat bersatu padu, kemajuan negara mesti dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun dan China.


❰❰APAKAH KEPENTINGAN SUKAN DAN PERPADUAN ?

Sukan dapat memupuk persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara dan seterusnya melahirkan masyarakat yang bersatu padu serta negara yang makmur. Hal ini demikian kerana, apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan. Semasa berada dalam satu kumpulan, akan timbulnya perasaan kekitaan atau espirit de corp dalam kalangan mereka.



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera , hi  selamat datang ke blog pertama kumpulan kami ˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚*·̩̩̥͙ ˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚* **•̩̩͙✩•̩̩͙*˚ .·...