ISI DAN HURAIAN

TEMASYA SUKAN TERBESAR DUNIA


1.     SUKAN OLIMPIK  


Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancisbernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. .Sukan olimpik ini disertai oleh pelbagai kaum di Malaysia seperti berikut :

ATLET SUKAN OLIMPIK 

1.CHINA 

Che Yufei (badminton)









2.MELAYU
 Muhammad Shah Firdaus Sahrom (basikal)








3.INDIA


(Harendra Singh telah menjadi ketua jurulatih pasukan hoki lelaki, wanita dan remaja India. Ruangan pertama kali muncul dalam edisi cetak The Indian Express pada 5 Ogos 2021)

Pepatah Arab ade menyebut ;


Maksudnya: Akal yang sihat terdapat pada tubuh badan yang sihat. 


Sidang Jumaat yang dimuliakan, Malaysia adalah antara negara yang menjadikan sukan sebagai pemangkin untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warganya yang merentasi sempadan agama, kaum dan fahaman politik. Dasar Sukan Negara menetapkan hala tuju dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian cemerlang di peringkat tempatan dan antarabangsa. 

Alhamdulillah peserta-peserta negara dalam sukan berbasikal dan badminton berjaya meraih pingat perak dan gangsa dalam temasya sukan Olimpik yang berlangsung di Tokyo pada bulan Julai hingga Ogos tahun ini; malah peserta-peserta kelainan upaya dari negara kita turut mencipta kejayaan semasa berlangsungnya sukan Paralimpik. Kejayaan yang dicapai oleh para atlet telah mengharumkan nama negara. Diperlengkapkan dengan dorongan dan sokongan kerajaan, kejayaan yang dicapai dalam bidang sukan telah menghidupkan semangat patriotisme dan kesetiaan rakyat kepada negara.


 

2.     SUKAN KOMENWAL



KUALA LUMPUR: Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2018, Huang Ying How, yakin skuad olahraga mampu memberikan saingan sengit kepada atlet negara lain menerusi persiapan rapi yang dijalankan selepas berakhirnya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) Ogos lepas.

Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan. Dilangsungkan setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet elit dari negara-negara komanwel. Kehadiran di Sukan Komanwel biasanya lebih kurang 5,000 atlet. Commonwealth Games Federation (CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel.Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 diHamilton, Ontario, Kanada. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada 1954, kepada Sukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan Komanwel pada 1978.


3.     SUKAN ASIA


Sukan Asia juga dipanggil Asiad, adalah acara pelbagai sukan yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Sukan Asia dikawal oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) di bawah pengawasan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa(IOC). Pingat akan dianugerahkan dalam setiap acara dengan emas untuk tempat pertama, perak untuk tempat kedua dan gangsa untuk tempat ketiga, suatu tradisi bermula sejak tahun 1951.

ATLET SUKAN ASEA 

1.


 Atlet lari berhalangan negara, Yoong Wei Theng berjaya sumbang pingat gangsa dalam acara 100 meter (m) berhalangan dalam aksi yang berlangsung di Pusat Konvesyen Chroy Changvar, Phnom Penh sebentar tadi. (FOTO: AMIR KHALID/UTUSAN)

4.     SUKAN ASIA TENGGARA/SEA

  Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP.


 Hannah Yeoh


KUALA LUMPUR: Kejayaan atlet negara pada temasya sukan antarabangsa dilihat antara elemen penting dalam mewujud dan memperkukuh perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata rakyat Malaysia dilihat mengetepikan perbezaan ketika meraikan kejayaan atlet negara dalam semua jenis sukan, khususnya ketika lagu Negaraku dinyanyikan dan Jalur Gemilang dikibarkan.

Sehubungan itu, beliau yakin platform sukan perlu dipromosikan di semua lokasi di negara ini dan memastikan akses kepada semua golongan rakyat untuk mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan.

"Menariknya dalam sukan, selalu kita lihat apabila ada pertandingan dan selepas setiap kali ada pemenang, Negaraku dimainkan dan Jalur Gemilang membaluti bahu.

"Pada masa itu, setiap orang yang melihat atlet dapat merasakan ia adalah sebahagian daripada kita.

"Saat itu sangat penting untuk kita mengingati bahawa kita semua ada rakyat Malaysia.

"Ketika kita sambut atlet pulang macam atlet para selepas Paralimpik, kita melihat mereka sebagai wakil Malaysia, kita tak lihat kaum.

"Bila kita menyambut kejayaan mereka, kita akan lihat ini rakyat Malaysia dan itu yang penting. Platform sukan itu penting dalam mengingatkan kita semua sama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program bual bicara khas Suara Rakyat sempena sambutan Hari Kebangsaan, bertemakan 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan' yang disiarkan di TV3.



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera , hi  selamat datang ke blog pertama kumpulan kami ˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚*·̩̩̥͙ ˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚* **•̩̩͙✩•̩̩͙*˚ .·...